Sunday 13 November 2016

TEMPAT PENGINAPAN DI NEGERI KEDAH

TEMPAT TEMPAT PENGINAPAN DI NEGERI KEDAH

Penginapan : Inap Pulai Sentosa Alor Setar
Bagi percutian ke Alor Setar ini aku menginap 2 hari 1 malam di Inap Pulai Sentosa alamat camni:
Inap Pulai Sentosa 
No.1, Lot 867, Kampung Hutan Pulai, 
Jalan Langgar 05460 Alor Setar Kedah.
H/P :  012-555 9689
Aku cari penginapan ni melalui searching di google, ada FB bagi penginapan ini adalah yang terbaik jauh dari kesesakan dan kebisingan bandar (pada mulanya anggapan). Rm 88 bagi sebuah chalet yang serba lengkap dan aku suka sebab di tepi sawah. Ada lebih kurang 10 chalet sahaja. Cuma malam ada gangguan sedikit, sebab salah 1 chalet aku di fahamkan ada penyewa secara bulanan yang apabila malam hari mengajak raakan-rakannya melepak serta membuat bising. Kalau tiada gangguan ini, chalet ini memang TERBAIK. Jarak dengan Bandar Alor Setar hanya dalam +-7km sahaja. Still relevan untuk pergerakkan.
 Banner...
 Pintu belakang chalet

 pintu belakang (pandangan dari luar)

 Bilik

 ada kabinet dgn tandas

 order tambahan

 Harga mengikut masa/musim

 Pintu hadapan (pandangan dari luar)

 Pemandangan belakang chalet

 Pemandangan belakang chalet

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI NEGERI KEDAH

AKTIVITI AKTIVITI MENARIK DI NEGERI KEDAH

Rekreasi Sungai Sedim
 
Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Terdapat pokok hutan seperti Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor boleh didapati di sini. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak berkayak. Antara 8 anak sungai yang mengalir sepanjang Sungai Sedim adalah Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh.
Hutan lipur ini sinonim sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Di sini juga kerap berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa. 

 
Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang. Selain aktiviti mandi-manda dan berkelah, pengunjung juga boleh berkhemah, merentas hutan, bersiar-siar, berkayak, mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan fauna yang semulajadi.
Kemudahan:
Antara kemudahan yang disediadakan adalah :
-Dewan
-Surau
-Tandas
-Tempat Penginapan/Chalet.
Aktviti :
Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah:
-Mandi manda
-Berkelah
-Kem Motivasi
-'Teambuilding'
-'Summer camp'
-'Water Rafting'
-'Rock Climbing'
-'Jungle Tracking'
-'Flying Fox'
-'River Cross'
-'Treasure hunt'
-'Jungle Walk'
-'Abseiling'

MAKANAN SEDAP DI NEGER IKEDAH

Tempat Makan Menarik Di Kawasan Kedah


Laksa Teluk Kecai
Laksa Teluk Kecai Kuala Muda

Tempat Makan  dan Sedap di Kedah. Kedah ni merupakan satu negeri yang cukup besar. Macam-macam makanan yang Menarik, Sedap, Best dan Popular di Kedah. Antara makanan yang popular semestinya Laksa Kedah.
Bagi Sesiapa yang bercuti ke Kedah boleh cuba makan Laksa teluk Kecai di Kuala Muda Kedah. Laksa yang lain dari yang lain. Kat kedia ni pun orang sentiasa ramai.
Pernah jugak lah dua tiga kali aku makan kat sini sebab kawan aku sorang ni suka sangat laksa. Jadi kalau dia datang perlis selalu gak ajak aku ke Kuala Muda untuk makan laksa teluk kecai ni.
Apa yang istimewanya pasal laksa teluk kecai Kuala Muda Kedah ni dalam laksa ada macam kepala goreng warna oren. Aku tak pasti apa dia tapi benda tu memang sedap. Kalau makan kat sana confirm dua pinggan.
Lokasi Laksa Teluk Kecai ni otw jalan ke jetty Pulau Langkawi Kuala Kedah.
Mee Udang Pulau Sayak
Mee Udang Pulau Sayak


Satu lagi Tempat makan yang Menarik, Sedap, Best dan Popular di Kedah adalah Mee Udang di Pulau Sayak juga di Kuala Muda.
Pernah beberapa kali aku makan Mee Udang di Pulau Sayak juga di Kuala Muda. Sedap, Udang fresh dan besar. Hari tu aku pergi memang kena tunggu lama jugak maklumlah orang ramai. Tapi berbaloi lah sebab sedap.
Lokasi agak terpencil tapi orang ramai tak putus putus.
Mee Udang Pulau Sayak ni di buka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 12 malam. Boleh call 019-2671650 / 019-4321857 (Usop).
Ni antara dua kedai yang memang popular lah kat kedah ni. Selain tu aku selalu lepak di Seoul Garden Alor Setar Mall.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI KEDAH

NEGERI KEDAH (NEGERI JELAPANG PADI)



Tempat menarik di Kedah

Sejak merantau di negeri orang ni terlupa pulak yang negeri tempat kelahiranku ini mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati,Alang-alang dah balik bercuti ni meh kita terokai negeri kesayangan cheq ni hahaha...jom....layan,,,. 
Kalau dah mai Alor Setar ni, wajiblah singgah ke Menara Alor Setar. Menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur dgn ketinggian 165.5 meter. Anda boleh melihat panorama mata burung diatas menara ini, kerana pemandangannya merangkumi bandar Alor Setar, Georgetown dan Thailand. Anda juga boleh menjamu selera disini sambil menikmati keindahan pemandangan di atas awan di restoran berputar 360°. 

Tak jauh dari Menara Alor Setar, anda juga tidak boleh melepaskan peluang utk solat dan menziarahi masjid yang diiktiraf masjid ke 4 tercantik di dunia iaitu Masjid Zahir. Masjid ini terletak di tengah-tengah kota Alor Setar. Kubah masjid ini berwana hitam dimana terdapat satu kubah utama dan lima kubah kecil yang melambangkan Rukun Islam.

Selepas itu bolehla ke Pekan Rabu yang kini masih lagi dalam proses penambahbaikan. Jadi lokasi sementara telah diubah ke Ukir Mall, Bandar Alor Setar. Disini anda boleh membeli buah tangan seperti makanan kering dan basah, ubat-ubatan, dan barangan kraftangan. Dodol dan bahulu panasnya memang terbaik! 
Bagi mereka yang teringin membawa keluarga mandi-manda bolehlah singgah ke The Carnivall Waterpark yg bertempat di Sungai Petani. Aktiviti disini pasti menyeronokkan seisi keluarga dan membuatkan anak-anak kecil tidak mahu pulang. 


Jika anda seorang yang sukakan keindahan alam semulajadi yg jauh dari hiruk pikok kota, maka Gunung Jerai merupakan tempat penginapan yang paling sesuai. 
Disini terdapat resort yang menjanjikan ketenangan buat anda kerana disini hanya menempatkan tempat penginapan dan dewan seminar utk mereka yang berkhursus. Tiada aktiviti berjual-beli sayuran atau buah-buahan, souvenir dan sebagainya. 
Terdapat juga swimming pool utk kanak-kanak, taman permainan, kawasan air terjun dan kawasan hutan untuk mereka yg sukakan kegiatan mencabar seperti aktiviti  mendaki. 





Anda juga boleh ke Ladang Anggur Tasik Beris di Sik Kedah. Disini anda tidak boleh memetik buah anggur tetapi dapat melihat cara penanaman pelbagai jenis buah anggur. Jika anda teringin utk merasa buah anggur anda masih boleh membelinya di kedai souvenir. Pemandangan tasik beris disini jg turut memukau pandangan setiap pengunjung yang hadir kesini. Oh ya, jgn lupa membeli kismisnya ya!


Anda juga boleh mencuba ke The Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim. Disini anda boleh menikmati kehijauan flora dan fauna sambil mamanaskan badan dgn berjalan di atas titian gantung. 
Titian kanopi disini adalah sepanjang 950 meter dan setinggi 50 meter dari tanah. Ia merupakan titian gantung yang terpanjang di dunia dan menjadi tempat tumpuan para pelancong asing. 
Terdapat juga kawasan air terjun bagi mereka yang ingin mandi-manda dan bagi mereka yg ingin bermalam pula, disini juga ada menawarkan penginapan chalet. 


Seterusnya mari kita ke Pantai Merdeka. Siapa yang tak pernah dgr lagu Pantai Merdeka? Meh nak nyanyi sikit. Hihi! Nah, ni dia lirik lagunya.
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai 
Terkenang peristiwa cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka...~

^_^




Disebabkan lagu Pantai Merdeka tu ada selit nama Gunung Jerai jadi maila kita nikmati panorama Gunung Jerai dan sawah padi, atau orang Kedah panggil bendang ni. SubhanaAllah, cantik kan? 

Terima kasih kerana sudi membaca. 
Jemputla mai ke Kedah naaa.
Bole kita jumpa! ^-^
Assalamualaikum,
Salam Perantauan

NAMA SYARIKAT

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

Syarikat
 
 
Pejabat Dasree Travel & Tours Sdn. Bhd.
 
PROFIL SYARIKAT
 
Nama Syarikat:DASREE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Alamat Berdaftar:No. 1A, Lorong Padiemas, Pantai Johor, 05250 Alor Setar, Kedah. 
Alamat Perniagaan:No. 1A, Lorong Padiemas, Pantai Johor, 05250 Alor Setar, Kedah.  No Telefon:+604-733 2969 / +604-735 3563No Faks:+604-735 8426E-Email:info@dasreetraveltours.com  
Nombor Lesen:No KKKP : KPL/LN 2969No Syarikat:291992-XJenis Perniagaan:Sendirian BerhadStatus Bumiputra:100% Syarikat Bumiputra
Pengarah:Tuan Haji Zulkifli Bin Wan Ahmad  Tuan Haji Ahmad Bin Abdullah  Puan Hajjah Nuraini Hayati IsmailPengalamanBerpengalaman selama lebih dari 20 tahun

PETA NEGERI KEDAH

PETA NEGERI KEDAH

Asal-usul Nama Kedah
Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.
 
Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi
Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai " Kilah" (Ibnu Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha", "Qalha" ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).
 
Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit 
Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang­ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.
 
Asal Nama Kedah - Unsur China 
Dari unsur-unsur China, yakni semasa Dinasti Liang (502 - 665) Kedah disebut sebagai "Langgasu" atau " Langa" (atau Langkasuka). Dari penulisan I-Ching (kurun ke-7) Kedah kerapkali pula disebut sebagai "Chiah-Chin" atau "Kie Ta'a"ataupun "Kieteha". Dilaporkan bahawa penduduk-penduduknya mula menduduki kawasan itu dalam kurun pertama sebelum Masihi. Sehingga ke hari ini masih menjadi tanda Tanya di mana sebenarnya kedudukan kerajaan Langkasuka itu. Penulis dan sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Marong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Pakar sejarah seperti Quaritch Wales, ahli arkeologi British; G, Coedes, ahli arkeologi Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas Pengarah Muzium di Tanah Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di kawasan Sungai Bujang. Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 - 916) Kedah disebut sebagai "Kora" atau "Kola". Raja Kora dikatakan mempunyai nama keluarga "Sri Pura" dan namanya sendiri ialah Misi Pura. Pengembara Cina, Chao Ju Kua (yang menulis dalam tahun 1250) menyebut Langkasuka sebagai kawasan yang ditakluk oleh Palembang.
 
Asal Nama Kedah - Penemuan Kajian
Penulis The Study Of Ancient Timesin The Malay Peninsula and Straids Malacca. Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai "Gedda". Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar" yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. " Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai makna yang sama. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna Kota. Diriwayatkan bahawa Raja Kedah yang kedua telah membina sebuah Kota di sebuah tempat yang bemama Serokam. "Serokam" dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Sara" yang bermaksud bangunan dan "Kami" yang bermaksud urusan.
 
Quaritch Wales yang banyak menjalankan kajian arkeologi di Kedah telah menjumpai tapak kota di Serokam. Unsur-unsur India merekodkan perihal "Kataha" nama Kedah tua yang telah ditawan oleh Raja-Raja Chola dari India dalam kurun ke-11. Kataha diperintah oleh seorang yang bernama Sri Visaya. Seterusnya, Kedah dikatakan pernah terletak di bawah kuasa Palembang diikuti dengan kuasa raja-raja Chola dan kemudian kuasa Majapahit. Syair Nagara Kretagama (1365) menyebut nama "Kedah" dan "Langkasuka" sebagai kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Majapahit. Sehingga akhir kurun ke~14, Kedah masyhur sebagai pusat perdagangan bijih timah tetapi selepas kejatuhan Palembang dan kemerosotan kuasa Majapahit, Kedah jatuh ke bawah kuasa Siam.
 
Barbosa, penulis portugis yang menulis dalam tahun 1516, menyatakan bahawa Kedah adalah pusat dagangan pelbagai jenis barangan. Kapal-kapal Arab datang dari merata tempat untuk berdagang. Di Kedah terdapat banyak lada hitam yang dibawa keluar ke China melalui Melaka. Godinho De'Eredia, ahli kartografi Portugis yang menulis diantara tahun-tahun 1597 - 1600 memberi gambaran mengenai pelabuhan di Kedah yang katanya dipenuhi dengan bangunan yang dibuat daripada nibong.
 
Unsur tempatan yang terkenal mengenai sejarah Kedah ialah Hikayat Marong Mahawangsa yang mengisahkan sejarah awal Kedah. Ramai sejarawan menggunakan Hikayat ini sebagai rujukan, walaupun unsur itu diakui banyak bercampur-baur dengan kisah-kisah yang terkeluar daripada sejarah. Satu lagi unsur tempatan yang popular ialah AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Karya Haji Hassan Haji Arshad, seorang pegawai tinggi istana. Dengan menggunakan Hikayat Marong Mahawangsa dan AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, seseorang dapat membina perjalanan sejarah negeri Kedah khususnya Salasilah Kesultanan Kedah dari kurun ke-13 hingga ke hari ini.
 
Asal Nama Kedah - Rekod Pengembaraan 
Rekod-rekod lama yang menyebut nama "Kedah" walaupun dalam pelbagai sebutan boleh dikesan semenjak tahun 846 Masihi. Misalnya dalam rekod pengembaraan Ibnu Khurdadhbih penulis buku al Masalik wal Mamalik ada disebut mengenai sebuah pulau yang bernama "Kilah" yang mempunyai banyak bijih dan hutan buluh. Buku ini merupakan buku panduan mengenai kawasan­ kawasan empayar Islam dan mengandungi juga maklumat mengenai topografi Asia Tenggara.
 
Seorang pengembara Arab bernama Sulaiman yang pernah menulis dalam tahun 851 masihi menyebut mengenai kawasan bernama "Kalahbar" yang dikatakan sebagai tempat yang bernaung di bawah Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di Palembang. Ibnu Muhalhal yang menulis dalam tahun 941 masihi menyebut "Kalah" sebagai terakhir bagi kapal-kapal berlabuh disebelah timur. "Kalah" digambarkan sebagai sebuah Bandar besar yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi, penuh dengan taman-taman dan alur. "Kalah" juga mempunyai banyak lombong atau "Kelian" bijih. Menurut fbnu Muhafhal "Kelian" seperti itu tidak terdapat di mana-mana pun di dunia. Disana juga terdapat pedang yang paling istimewa buatannya.