TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI KEDAH
NEGERI KEDAH (NEGERI JELAPANG PADI)
Tempat menarik di Kedah
Sejak
merantau di negeri orang ni terlupa pulak yang negeri tempat
kelahiranku ini mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk
dilawati,Alang-alang dah balik bercuti ni meh kita terokai negeri
kesayangan cheq ni hahaha...jom....layan,,,.
Kalau
dah mai Alor Setar ni, wajiblah singgah ke Menara Alor Setar. Menara
kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur dgn ketinggian
165.5 meter. Anda boleh melihat panorama mata burung diatas menara ini,
kerana pemandangannya merangkumi bandar Alor Setar, Georgetown dan
Thailand. Anda juga boleh menjamu selera disini sambil menikmati
keindahan pemandangan di atas awan di restoran berputar 360°.
Tak
jauh dari Menara Alor Setar, anda juga tidak boleh melepaskan peluang
utk solat dan menziarahi masjid yang diiktiraf masjid ke 4 tercantik di
dunia iaitu Masjid Zahir. Masjid ini terletak di tengah-tengah kota Alor
Setar. Kubah masjid ini berwana hitam dimana terdapat satu kubah utama
dan lima kubah kecil yang melambangkan Rukun Islam.
Selepas
itu bolehla ke Pekan Rabu yang kini masih lagi dalam proses
penambahbaikan. Jadi lokasi sementara telah diubah ke Ukir Mall, Bandar
Alor Setar. Disini anda boleh membeli buah tangan seperti makanan kering
dan basah, ubat-ubatan, dan barangan kraftangan. Dodol dan bahulu
panasnya memang terbaik!
Bagi
mereka yang teringin membawa keluarga mandi-manda bolehlah singgah ke
The Carnivall Waterpark yg bertempat di Sungai Petani. Aktiviti disini
pasti menyeronokkan seisi keluarga dan membuatkan anak-anak kecil tidak
mahu pulang.
Jika
anda seorang yang sukakan keindahan alam semulajadi yg jauh dari hiruk
pikok kota, maka Gunung Jerai merupakan tempat penginapan yang paling
sesuai.
Disini
terdapat resort yang menjanjikan ketenangan buat anda kerana disini
hanya menempatkan tempat penginapan dan dewan seminar utk mereka yang
berkhursus. Tiada aktiviti berjual-beli sayuran atau buah-buahan,
souvenir dan sebagainya.
Terdapat
juga swimming pool utk kanak-kanak, taman permainan, kawasan air terjun
dan kawasan hutan untuk mereka yg sukakan kegiatan mencabar seperti
aktiviti mendaki.
Anda
juga boleh ke Ladang Anggur Tasik Beris di Sik Kedah. Disini anda tidak
boleh memetik buah anggur tetapi dapat melihat cara penanaman pelbagai
jenis buah anggur. Jika anda teringin utk merasa buah anggur anda masih
boleh membelinya di kedai souvenir. Pemandangan tasik beris disini jg
turut memukau pandangan setiap pengunjung yang hadir kesini. Oh ya, jgn
lupa membeli kismisnya ya!
Anda
juga boleh mencuba ke The Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim. Disini
anda boleh menikmati kehijauan flora dan fauna sambil mamanaskan badan
dgn berjalan di atas titian gantung.
Titian
kanopi disini adalah sepanjang 950 meter dan setinggi 50 meter dari
tanah. Ia merupakan titian gantung yang terpanjang di dunia dan menjadi
tempat tumpuan para pelancong asing.
Terdapat
juga kawasan air terjun bagi mereka yang ingin mandi-manda dan bagi
mereka yg ingin bermalam pula, disini juga ada menawarkan penginapan
chalet.
Seterusnya
mari kita ke Pantai Merdeka. Siapa yang tak pernah dgr lagu Pantai
Merdeka? Meh nak nyanyi sikit. Hihi! Nah, ni dia lirik lagunya.
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka...~
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka...~
^_^
Disebabkan
lagu Pantai Merdeka tu ada selit nama Gunung Jerai jadi maila kita
nikmati panorama Gunung Jerai dan sawah padi, atau orang Kedah panggil
bendang ni. SubhanaAllah, cantik kan?
Terima kasih kerana sudi membaca.
Jemputla mai ke Kedah naaa.
Bole kita jumpa! ^-^
Assalamualaikum,
Salam Perantauan
No comments:
Post a Comment