PETA NEGERI KEDAH
Asal-usul Nama Kedah
Bagi
Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu
Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh
salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal
Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan
Cina.
Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi
Unsur-unsur
Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai
" Kilah" (Ibnu Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau
"Qalha", "Qalha" ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala
Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala
Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala
Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).
Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit
Terdapat
juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut
Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang
menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna
kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson
nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap
gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal
daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman
terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini.
Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para
pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah
pedagang pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan
Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan
Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.
Asal Nama Kedah - Unsur China
Dari
unsur-unsur China, yakni semasa Dinasti Liang (502 - 665) Kedah disebut
sebagai "Langgasu" atau " Langa" (atau Langkasuka). Dari penulisan
I-Ching (kurun ke-7) Kedah kerapkali pula disebut sebagai "Chiah-Chin"
atau "Kie Ta'a"ataupun "Kieteha". Dilaporkan bahawa penduduk-penduduknya
mula menduduki kawasan itu dalam kurun pertama sebelum Masihi. Sehingga
ke hari ini masih menjadi tanda Tanya di mana sebenarnya kedudukan
kerajaan Langkasuka itu. Penulis dan sejarawan Winstedt menganggap
Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Marong Mahawangsa sebagai
nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Pakar sejarah seperti
Quaritch Wales, ahli arkeologi British; G, Coedes, ahli arkeologi
Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas Pengarah Muzium di Tanah
Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di kawasan Sungai Bujang.
Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 - 916) Kedah disebut
sebagai "Kora" atau "Kola". Raja Kora dikatakan mempunyai nama keluarga
"Sri Pura" dan namanya sendiri ialah Misi Pura. Pengembara Cina, Chao Ju
Kua (yang menulis dalam tahun 1250) menyebut Langkasuka sebagai kawasan
yang ditakluk oleh Palembang.
Asal Nama Kedah - Penemuan Kajian
Penulis
The Study Of Ancient Timesin The Malay Peninsula and Straids Malacca.
Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai "Gedda". Nama
itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar" yang bermaksud tanah
yang sesuai untuk tanaman padi. " Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga
mempunyai makna yang sama. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam
bahasa Parsi yang bermakna Kota. Diriwayatkan bahawa Raja Kedah yang
kedua telah membina sebuah Kota di sebuah tempat yang bemama Serokam.
"Serokam" dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Sara" yang bermaksud
bangunan dan "Kami" yang bermaksud urusan.
Quaritch
Wales yang banyak menjalankan kajian arkeologi di Kedah telah menjumpai
tapak kota di Serokam. Unsur-unsur India merekodkan perihal "Kataha"
nama Kedah tua yang telah ditawan oleh Raja-Raja Chola dari India dalam
kurun ke-11. Kataha diperintah oleh seorang yang bernama Sri Visaya.
Seterusnya, Kedah dikatakan pernah terletak di bawah kuasa Palembang
diikuti dengan kuasa raja-raja Chola dan kemudian kuasa Majapahit. Syair
Nagara Kretagama (1365) menyebut nama "Kedah" dan "Langkasuka" sebagai
kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Majapahit. Sehingga akhir kurun
ke~14, Kedah masyhur sebagai pusat perdagangan bijih timah tetapi
selepas kejatuhan Palembang dan kemerosotan kuasa Majapahit, Kedah jatuh
ke bawah kuasa Siam.
Barbosa,
penulis portugis yang menulis dalam tahun 1516, menyatakan bahawa Kedah
adalah pusat dagangan pelbagai jenis barangan. Kapal-kapal Arab datang
dari merata tempat untuk berdagang. Di Kedah terdapat banyak lada hitam
yang dibawa keluar ke China melalui Melaka. Godinho De'Eredia, ahli
kartografi Portugis yang menulis diantara tahun-tahun 1597 - 1600
memberi gambaran mengenai pelabuhan di Kedah yang katanya dipenuhi
dengan bangunan yang dibuat daripada nibong.
Unsur
tempatan yang terkenal mengenai sejarah Kedah ialah Hikayat Marong
Mahawangsa yang mengisahkan sejarah awal Kedah. Ramai sejarawan
menggunakan Hikayat ini sebagai rujukan, walaupun unsur itu diakui
banyak bercampur-baur dengan kisah-kisah yang terkeluar daripada
sejarah. Satu lagi unsur tempatan yang popular ialah AI-Tarikh Salasilah
Negeri Kedah, Karya Haji Hassan Haji Arshad, seorang pegawai tinggi
istana. Dengan menggunakan Hikayat Marong Mahawangsa dan AI-Tarikh
Salasilah Negeri Kedah, seseorang dapat membina perjalanan sejarah
negeri Kedah khususnya Salasilah Kesultanan Kedah dari kurun ke-13
hingga ke hari ini.
Asal Nama Kedah - Rekod Pengembaraan
Rekod-rekod
lama yang menyebut nama "Kedah" walaupun dalam pelbagai sebutan boleh
dikesan semenjak tahun 846 Masihi. Misalnya dalam rekod pengembaraan
Ibnu Khurdadhbih penulis buku al Masalik wal Mamalik ada disebut
mengenai sebuah pulau yang bernama "Kilah" yang mempunyai banyak bijih
dan hutan buluh. Buku ini merupakan buku panduan mengenai kawasan
kawasan empayar Islam dan mengandungi juga maklumat mengenai topografi
Asia Tenggara.
Seorang
pengembara Arab bernama Sulaiman yang pernah menulis dalam tahun 851
masihi menyebut mengenai kawasan bernama "Kalahbar" yang dikatakan
sebagai tempat yang bernaung di bawah Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di
Palembang. Ibnu Muhalhal yang menulis dalam tahun 941 masihi menyebut
"Kalah" sebagai terakhir bagi kapal-kapal berlabuh disebelah timur.
"Kalah" digambarkan sebagai sebuah Bandar besar yang dikelilingi oleh
tembok yang tinggi, penuh dengan taman-taman dan alur. "Kalah" juga
mempunyai banyak lombong atau "Kelian" bijih. Menurut fbnu Muhafhal
"Kelian" seperti itu tidak terdapat di mana-mana pun di dunia. Disana
juga terdapat pedang yang paling istimewa buatannya.
No comments:
Post a Comment